Friday, 9 December 2011

Kanggaru dengan rakan-rakan





Susie ialah seekor kanggaru yang baik hati. Ia mempunyai rakan iaitu seekor rusa dan seekor kambing. Setiap hari, mereka mencari makanan bersama-sama. Mereka gemar memakan daun kayu dan sayur-sayuran segar. Mereka akan bekerjasama ketika mendapatkan makanan. Susie rajin menolong rakan-rakanya. Ia juga cakap dengan lemah lembut. Namun kambing suka menjerit-jerit ketika bercakap. Ia juga tidak suka menolong rakan-rakanya. Pada suatu hari, Susie dan rakan-rakanya keluar mencari makanan.
Mereka menemui sepohon pokok ceri yang rendang. Namun dahan pokok itu agak tinggi. Susie menarik dahan ceri itu untuk rusa. Rusa pun memakan daun muda itu dengan berselera. “Terima kasih, Susie,” kata rusa setela kenyang. “Sekarang giliran kamu pula!” Rusa menarik dahan supaya Susie dapat makan daun ceri itu. “Kenapa kamu tidak menolong aku?” tanya kambing. “Sebab kamu tidak pernah menolong kami,” jawab rusa. “Kamu hanya pentingkan diri kamu sendiri,” kata Susie pula. Kambing sedar akan kesilapannya selama ini. “Oh, saya minta maaf!” kata kambing. “Kita bertiga berkawan baik. Kita perlulah tolong-menolong.
” Pada hari berikutnya, kambing melayan rakan-rakanya dengan baik. Ia akan bercakap dengan sopan, terutama ketika ia perlukan pertolongan. Ia juga tidak pentingkan diri lagi. Ia akan membiarkan rakan-rakanya terlebih dahulu. Kambing juga rajin mencarikan sayur-sayuran segar untuk sahabatnya. Susie dan rusa berasa amat gembira melihat perubahan sikap sahabat mereka itu.

No comments:

Post a Comment