Di
dalam sebuah taman bunga, terdapat seekor belalang yang suka menyanyi
dan menari. Ia berasa gembira kerana dapat hidup di dalam taman yang
indah itu. Di dalam taman itu terdapat juga berbagai-bagai jenis bunga
seperti bunga raya, mawar, dahlia, kenanga, melur dan cempaka. Taman
bunga itu berwarna-warni dan harum. Tiap-tiap hari, belalang akan
menyanyi dan menari. Ia akan melompat dari satu pokok ke pokok yang
lain. Belalang mempunyai ramai teman di dalam taman itu. Ada rama-rama,
kumbang, lebah dan semut. Mereka dapat tinggal di taman itu. Mereka
sering bermain dan menyanyi bersama-sama.
Pada
suatu hari, belalang mencari kesemua rakan-rakannya untuk bermain
tetapi mereka semua sedang sibuk mencari makanan dan berpindah untuk
berlindung sebelum musim hujan tiba. Belalang tidak percaya hujan akan
tujun sebentar lagi. Ia asyik menyanyi dan menari sendirian. Setelah
lama menyanyi, belalang pulang ke rumah dan tidur kerana keletihan.
Hujan turun dengan lebat lalu belalang terbangun. Ia berasa sangat lapar
tetapi di rumahnya tiada makanan.
“
Bila hujan berhenti bolehlah saya mencari makanan,” katanya dalam hati.
Belalang berbaring semula dan tertidur. Apabila dia terjaga, hujan
tetap turun dengan lebat. Belalang berasa menyesal kerana tidak mengikut
nasihat rakannya untuk mencari makanan sebelum musim hujan. Akhirnya
belalang jatuh sakit. Rakan-rakan belalang tidak mengetahui keadaan
belalang yang sakit. Apabila hujan berhenti,lebah teringat akan
belalang. Dia keluar dari sarangnya dan pergi ke rumah belalang. Ia amat
terperanjat melihat belalang yang terlantar di atas katil di rumah.
“Saya
akan membawa makanan,” kata lebah kepada belalang apabila melihat
belalang terlalu lemah dan pucat. Lebah mencari semut dan rakannya yang
lain untuk menolong belalang. Akhirnya belalang sembuh dan sihat.
Belalang insaf dan sering mendengar nasihat daripada rakannya.